Monday, July 27, 2009

Khasiat Coklat

Sumber Tenaga
Koko dan coklat merupakan sumber penting untuk tenaga kerana dalam volum yang kecil, kalori yang dapat dibekalkan adalah sangat tinggi. Kerana itu, koko dan coklat adalah pilihan utama ahli sukan selepas latihan intensif.

Kepuasan
Coklat mengandungi kombinasi gula dan lemak yang membuatkan anda merasa puas semasa dan selepas memakannya.

Tanpa Kolestrol
Koko dan coklat hitam tidak mengandungi kolestrol. Coklat susu dan coklat putih pula mengandungi kadar kolestrol yang amat minimal kerana kandungan susu yang terdapat di dalamnya.

Sumber Mineral
Koko dan coklat membekalkan khasiat mineral yang baik untuk copper, magnesium, iron, phosphorus, calcium. Contohnya, 100g coklat susu atau putih mengandungi antara 20 and 40% daripada kalsium RDA (Recommended Daily Allowance).

Sumber Antioxidant
Cocoa flavanols dapat membantu menghalang pengoksidan Kolestrol Jahat (LDL) yang boleh menyebabkan pembentukan atherosclerosis ataupun pengerasan salurdarah arteri. Ia juga membantu menghalang kerosakan pada sel-sel DNA dan menghalang terjadinya sel-sel kanser.

Sumber fiber
Koko mengandungi 15% soluble dan insoluble dietary fiber. Dietary fiber amat penting di dalam fungsinya untuk membantu perjalanan makanan di dalam tubuh dan menyebabkan dinding perut dan kolon sentiasa bersih dan sihat.

Sumber protin dan kalsium
Coklat susu dan coklat putih dikatakan sebagai sumber protin dan kalsium yang tinggi dan dapat membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

No comments:

Post a Comment